Saturday 6 August 2011

MOTIVASI UNTUK PEMIMPIN

NABI MUHAMMAD DAN DOKTOR KRISTIAN

Semasa Nabi Muhammad masih hidup,negara Mesir mengamalkan dasar luar negara yg positif,iaitu berdamai dengan Madinah yang diketuai oleh Nabi  Muhammad. 
Pemerintah mesir pada masa itu benama Maqauqis. Sebagai tanda persahabatan, Maqauqis menghantar seorang  pakar perubatan yang baik supaya berkhidmat di Madinah sebagai pegawai pinjaman selama 2 tahun.
Selama 2 tahun doktor itu berada di Madinah, klinik beliau tidak pernah didatangi oleh pesakit, sampai dia rasa bosan dengan keadaan itu.
Pada suatu hari doktr yang beragama Kristian itu pergi berjumpa dengan nabi Muhammad. 
" tuan, sudh 2 tahun saya bertugas di bandar ini tetapi belum pernah ada sesiapa datang meminta rawatan. adakah penduduk bandar ini takut dengan doktor?" dia bertanya kepada Nabi Muhammad.
" tidak, tidak. dengan musuh pun mereka tidak takut, apatah lagi dengan doktor." jawab nabi Muhammad.
" habis, mengapa sudah 2 tahun tidak ada sesiapa datang meminta ubat daripada saya?" tanya si doktor mesir itu. " sebab penduduk bandar ini tidak ada yang sakit." jawab nabi Muhammad. Doktor itu kurang percaya.
" pergilah periksa sendiri" kata Nabi Muhammad.
doktor itu pun pergi berjalan-jalan ke semua ceruk dan penjuru bandar Madinah, mencari-cari kalau ada sesiapa yang sakit, tetapi tidak berjumpa.
" apakah rahsia kesihatan penduduk Madinah?" doktor mesir itu bertanya kepada nabi Muhammad. " kami adalah bangsa yang tidak makan selagi belum lapar. apabila kami makan, kami berhenti sebelum kenyang. kami hanya makan apa yang halal dan apa yang baik. dan kami makan untuk taqwa, bukan untuk menjamu selera."kata Nabi Muhammad.

 













No comments:

Post a Comment